Ahli keluarga baru!

Assalammualaikum,

Lebih kurang dua minggu lepas Blackie, arnab betina tunggal kami selamat melahirkan 2 ekor bunnies ni haa...membesar dengan sihat dan comel. 
Saya ni dah di kategorikan sebagai expert dah bab-bab menjaga bunnies yang baru dilahirkan, chewah!

Sebenarnya dah lama dah tak biakkan arnab-arnab ni, sebab depa ni sangat cepat membiak jika dibiarkan berdua-dua, jantan dan betina lah! Dulu ada dekat 20 ekor arnab, tapi sebab saya seorang saja yang menjaga dan ditambah pula ketika itu saya mengandung dan alahan sangat kuat, banyak arnab yang mati ketika kecil. Tinggal lebih kurang 7 ekor dewasa aje. 4 betina dan 3 jantan, Kesemua betina dalam satu sangkar manakala yang jantannya pula seekor satu sangkar.

Bayangkan kalau 20 ekor yang selamat macam dulu...nangis saya nak bela, sangkar pula entah banyak mana?? Disebabkan kami ni kerap berpindah, agak lega juga dengan 7 ekor yang masih ada tu, tu pun jenuh juga. Mujurlah kumbahan depa tak busuk macam kucing...kalau tak, hmmm...nagis sekali lagi hehehe...

Kisahnya, 3 ekor arnab betina dan seekor arnab jantan kami mati secara 'misteri'. Takdelah misteri sangat pun sebenarnya sebab depa mati selepas kami beri makan kangkung yang dibeli di pasar malam dan pasar pagi di Sungai Siput, Perak ni! Geram. Pertama kali beri makan, arnab jantan yang mati...mulanya ingat sebab kami tak basuh dulu kangkung tu...selang dekat sebulan, beli lagi kangkung di pasar malam, kali ni, kami rendam dahulu kangkung tu sebelum diberikan kepada arnab-arnab kami...rupanya 3 ekor mati sekaligus! Sedih dan geram, sebab bayangkan, arnab sekali makan je dah mati...kita yang dok makan setiap hari ni, lama-lama jadi apa???

Jadi, kami sekeluarga berhenti makan sayur yang dibeli dari pasar pagi dan pasar malam sejak dari kejadian itu. Tak berapa berani nak jamah, sedang mencari alternatif baru nak beli sayur dimana...atau mungkin akan tanam sendiri sayuran untuk makan. Berhati-hatilah apabila membeli sayuran di pasar-pasar tempatan. 

Berbalik kepada cerita bunnies tadi ni, suami lah yang cadangkan supaya dibiak semula arnab, saya dengan berat hati hehe...ikut cadangannya. Maka, inilah dia hasilnya...

Seekor ikut warna ibunya, seekor lagi ikut warna ayahnya...
jantina belum diketahui lagi...bab tu memang tak pandai nak teka.

Ni namanya Baldu (velvet)


Ini pula belum ada nama hehe...


Comments