Naydee Studio dan design terbaru untuk Naydee

Assalammualaikum semua,
Lama sangat tak upload posting terbaru, saya sihat-sihat aje dan harap semua juga begitu ^^

Saya tak pasti sama ada semua dah tahu tentang studio yang baru buka di Jitra Mall, Jitra. Ya! Saya sentiasa ada di Jitra Mall, di studio saya. Di situlah tempat saya dan suami saya kini berkarya ^^

Di Naydee Studio, kami menawarkan kelas-kelas menjahit beg untuk anak-anak seawal usia 8 tahun sehingga dewasa. Juga ada jualan sedikit aksesori untuk menjahit beg. Kepada yang ingin menempah beg, boleh datang singgah di studio saya ye, taklah grand sangat studio saya tu, tapi buat masa ini berpuas hati juga ada studio sendiri :) InsyaAllah, kami ingin memperindahkan lagi studio ini, doakan saya ya!




Baru-baru ini, kami sedang menyiapkan katalog untuk kraftangan, produk-produk yang ada dari Naydee/Batik Craze berasaskan batik untuk tempahan dari kraftangan juga pasaran antarabangsa. Sebenarnya, memang dah lama nak cuba mengetengahkan produk kami di pasaran antarabangsa, malangnya, orang kerdil macam saya ni mana nak kenal orang, pernah juga bekerjasama dengan beberapa expatriate yang juga promosikan batik Malaysia, malangnya tiada kepuasan di situ. Biasanya harga yang diminta terlalu rendah, merendahkan semangat kerja saya. Sedih juga jika tiada yang menghargai mutu kerja kita, tapi tak apa, setiap yang berlaku ada pengajarannya buat saya :)

Ni design baru untuk Naydee, sesuai untuk anak-anak lebih-lebih lagi bila travel, juga untuk dewasa yang suka melukis hehe...
Boleh muat 12 warna dan 3 pen serta 3 pensel!



Jadi, saya berpendapat, kerjasama dengan Kraftangan lebih baik, lebih ada kepuasan dan lebih ada 'kemelayuan' di situ, walaupun akan makan masa bertahun-tahun untuk berjaya, saya yakin pengalaman bertahun-tahun yang akan datang itu mematangkan produk saya dari segi kualitinya. Baru-baru ini sekali lagi saya mendapat tawaran kolaborasi dengan Kraftangan Kedah lagi, kolaborasi kedua bersama mereka, juga rezeki dengan Kraftangan Kuala Lumpur selepas ini, Alhamdulillah, walaupun banyak juga kesusahan yang saya hadapi untuk cuba promosikan batik Malaysia melalui pembuatan beg, saya sudah mendapat tapak permulaan, insyaAllah, tapak ini lebih kukuh!

Pandangan saya, jika anda ingin mendapatkan produk Batik atau produk warisan Melayu, dapatkan terus dari pembuatnya oleh orang kita sendiri, kerana pendapatan yang mereka dapat dari anda adalah bersih tanpa melalui orang tengah! Kan? :)

Ohh...doakan saya lebih rajin meng-update perkara-perkara terkini :D
Biasanya saya lebih gemar update FB Naydee dan Elvira Malaysia saja, sebab cepat, untuk update blog, kena buka PC yang internetnya laju dalam pukul 3am ke atas huhu...nangis! Tapi saya cuba yang terbaik ya!

Comments

Mila@Rimbun said…
Tahniah.. insyaallah.. susah sekarang untuk kesenangan masa depan. Best of luck
Nomaliza Azman said…
Terima kasih kak Mila, doakan saya ya! :)