Mesyuarat di Bangkok

Assalammualaikum semua,
Baru-baru ini saya baru sahaja balik dari mesyuarat di Bangkok bersama ayah angkat saya, pemilik Elvira Thailand. Beliau dengan berbesar hati membawa kami sekeluarga melawat 2 kedai Elvira dengan konsep baru yang lebih berwarna-warni! ^^

The Circle yang terletak di Ratchapruk, Bangkok lebih kurang dalam 45 minit perjalanan dari pusat bandar Bangkok.

ELVIRA - Lifestyle Center di The Circle adalah kedai yang lebih kecil tetapi sangat comel jika dilihat pada dekorasinya. 

Pintu depan kedai di The Circle

Mesin jahit Elvira ^^

Power blender dan jet steamer Elvira, sangat saya recommend untuk ada di setiap rumah! ^^

Elvira juga ada sabun untuk kain dan juga pusat dobi yang berkualiti.

DIY kits dan aksesori jahitan

Power blenders!!


Interior design yang mengkagumkan!

Add caption
Jalan-jalan di luar....panas waktu ni...haha
Waktu kami pergi ni, agak panas pula, tak sesuai nak berjalan-jalan di The Circle, kalau ada peluang datang, mai lewat petang naa...sebab konsep kedainya begini....kalau ada anak-anak kecil, pasti mengamuk sakan depa haha...




Dr. sabar aje melayan kami anak-beranak, memang macam tok wan lagaknya, anak-anak pun dah biasa dengan beliau...

Kemudian, kami ke Future Park, Rangsit pula....terletak bertentangan arah dari The Circle, perjalanan pun dekat sejam, adoi...anak-anak mula buat perangai, peninglah,  macam-macam...

Future Park ni dikatakan shopping mall terbesar di Asia, memang besar gila!
Tapi saya tak ambil gambar dari luar, maklumlah, tangan dok pegang anak aje.... kamera yang tergalas dok kat bahu aje ler...

Pintu masuk Elvira

Koleksi mesin jahit

Waiting area, and yes, that's my daughters on the left! ^^

Ruang untuk menjahit









Comments

SCLover said…
tumpang happy...:)
akk doakan moga segalanya di permudahkan oleh Allah utk Liza..

pssssttt: blender tuh cantik sangat :) convert to Rm berapa agak2x kos nyer :)
Mila@Rimbun said…
first time dengar pasal jenama elvira ni... siap ada mesin jahit tuh... wahhh... kalau elvira malaysia siap ada brg2 craft mmg best sgtlah..
Nomaliza Azman said…
Terima kasih Kak harga blender buat masa ni RM1,990, rebut harga blender ni sekarang sebelum dibawa masik secara besaran...nanti harga akan naik sikit, due to tax yang tinggi Malaysia ni huhu...
Nomaliza Azman said…
Kak Mila@Rimbun, ya, memang di Malaysia tak ada jenama ni, tetapi di Thailand, Elvira adalah produk berkualiti No. 1 sana, high end products, memang bagus, kalau tak, Liza pun tak tam nak promote. Sokonglah saya kak Mila, rasanya saya bumiputera tunggal dalam bidang ini yg biasanya di monopoli oleh usahawan cina... ^^ nanti saya organize party Elvira, jempu mai naa semua !! :)