7 Days Intensive Bag Making Course
Tajuk dalam bahasa Inggeris, sedap aje bunyi hehe...kalau dalam bahasa Melayu,
Kursus Intensif Menjahit Beg 7 Hari!
Pada 29 September hingga 5 Oktober yang lepas, telah berlangsungnya satu kursus intensif menjahit beg selama 7 hari di rumah saya! :)
Seorang pelajar wanita lepasan UiTM, Shah Alam telah dengan jayanya menghabiskan kursus ini. Saya sangat bangga dan terharu sungguh apabila seorang yang tidak pernah memegang mesin jahit (tolak masa sekolah menengah ler yer...) telah dapat menghasilkan setiap produk dengan baik sekali...rasa nak teriak pun ada. Chewah!
Dari sekarang sehingga 15 Oktober ini, yuran pada kadar istimewa iaitu RM490 termasuk penginapan dan 7 projek untuk dipelajari (mungkin juga lebih!).
Jom tengok apa yang dipelajari Amirah dari Nadele's sepanjang 7 hari dalam kursus untuk beginner ini.
Simple tote bag |
Messenger bag |
Drawstring Lunch Tote |
Ladies Long Wallet |
Scrunchies! |
Pencil case |
Maxine Envelope Clutch |
Ada satu projek bonus iaitu Travel Organizer, masih tunggu gambar dari Amirah ^^
Untuk Amirah, saya harap semua impian anda akan tercapai dan dipermudahkan segalanya ^^
Untuk anda yang berminat nak belajar, sehingga 15 Oktober ini harga kursus untuk 7 hari ini adalah RM490, pada yang tinggal berdekatan Jitra, lebih sesuai kerana mudah untuk berulang-alik :)
Jangan lepaskan peluang ya!
Comments