Beg baru saya ^^, Aleksandra Bag

Assalammualaikum semua,
Pagi raya kedua ni, sejuk aje, Naydia dah bangun dan duduk di kerusi sebelah saya, ketika saya menaip post ini.

Sebenarnya dah lama siap beg baru saya ni, tetapi terima kasih banyak-banyak pada Maxis, line internet disini sangatlah teruk sejak dari bulan lepas, selepas beberapa kali percubaan untuk bercakap dengan customer service, 2 kali percubaan buat report di FB Hotlink dan 1 kali berjaya bercakap dengan customer service, dan sekali lagi berjaya menyirapkan darah bercakap dengan customer service (nasib baik lah yang jawab call tu berbudi bahasa, terus dia ambil kes saya, file report saya dan seterusnya 3-4 hari kemudian line dah bagus semula...)

Beg lama saya, Bangkok Street Bag, dah agak lusuh, tak koyak apa pun lagi, cuma ada kesan karat (sebab pi sangkut kat clothline yang dah berkarat...awww...)
Jadi bila, sejak akhir-akhir ini saya harus menjalankan tugas untuk mempromosikan Elvira di FB page, dan meeting dengan orang Bangkok (pernah saya masuk meeting dengan t-shirt dan jeans...haha...punyalah saya tak punya apa-apa yang formal nak dipakai...err...), mujur tuan punya Elvira tu ayah angkat saya, dia pun tak boleh nak kata apa kot hehehe....buat permulaan, saya buat beg untuk diri saya sendiri, design yang saya ambil adalah Aleksandra Bag, menggunakan fabrik Japanese linen yang sangat cantik ini.



Plain purple linen ini belum lagi dibuat apa-apa beg, so, sekali guna memang cantik! Tengah fikir nak buat beg apa lagi dengan fabrik ni, ingat tu nak buat jaket satu...

Ini warna sebenarnya yang lebih gelap dan mewah

Di beg ini saya sulamkan design daun  dari warna pink benang sulamnya :)
Talinya dari  nylon webbing warna perang gelap dan saya jahitkan linen yang sama atas webbing ini, handheld handles dari kulit lembu dan aksesori dari warna antik.




Saya cukup suka beg baru saya ni, cuma belum lagi dipakai untuk ke mana-mana ^^

Bulan ni akan ke Hatyai lagi, dan insyaAllah akan melanjutkan kursus ke sana selama 1 bulan dan 2 bulan lagi di Bangkok untuk kursus sebagai Sole Distributor Elvira (Malaysia) sebelum membawa masuk produk ke pasaran Malaysia. Doa-doakan saya ye :) 

Comments