Pedi and manicure set pouch

Assalammualaikum,
Pedi dan mani set pouch with leather bound ni adalah hasil daripada prototype dan pengubahsuaian semula design asal yang dibuat untuk di review oleh The Batik Boutique, KL.
Memandangkan design asal adalah untuk tatapan The Batik Boutique, yang ini pula adalah design eksklusif yang telah diubah suai untuk NAYDEE (label hand made saya ler tu :) )

Beerbezanya dengan design asal, saya menambah slot untuk nail clipper yang besar dan saya tambahkan juga satu pemegang yang comel untuk memudahkan lagi pouch ini di digantung atau dipegang.

Ada juga sebuah poket zip kecil untuk diletakkan getah rambut atau apa-apa yang dirasakan perlu diletakkan sekali yang berkaitan dengan pedi dan manicure ni.

Sebenarnya, kalau di buat pencarian di google, masih banyak lagi peralatan yang ada untuk kecantikan pedicure dan manicure, tapi saya tambah apa yang biasa saya gunakan untuk travel sahaja. 

Apa yang paling menduga iman adalah hendak mem'binding' pouch ini ...pffff...memang sangat gelisah sepanjang nak menyiapkan, kerana jika salah percaturan, apabila mencantum binding, akan timbul kedutan disekitarnya....mujur kali ini, binding ni tak banyak kerenah, walaupun kena 2 kali jahit dan buat binding baru. Tapi kalau guna fabrik linen lebih mudah! 
(Ada satu pouch sebelum pouch batik ini yang rosak, gara-gara binding!)

Untuk set pouch ini, berserta dengan peralatan yang terkandung, saya akan jual pada harga RM40 (tidak termasuk penghantaran), peralatan di dalam adalah berfungsi dengan baik dan dipilih yang terbaik dari Thailand (Thailand mana boleh tinggal, ye dak? hehehe...)

Saya amat suka fabrik batik eksklusif ini, sangat cantik dan terang warna (harga pun boleh tahan sebenarnya!)




Saya sangat berharap pada penduduk tempatan untuk kembali meminati batik agar pewaris-pewaris yang membuat batik dapat kembalikan zaman kemasyuran batik di Malaysia.

Silalah beri sokongan kepada saya dan batik Malaysia (n_n)

Comments