KELAS MENJAHIT BEG
Assalammualaikum
Hi
Semalam (Ahad, 23hb Sept, 2012) telah berlangsung kelas menjahit Jue Organizer Bag di studio kecil di rumah saya. Seorang sahaja pesertanya, Sumaiyah Shahar dari Kangar, Perlis :)
Saya lebih suka antara seorang atau dua orang sahaja pelajar untuk satu-satu sesi kerana lebih mudah memberikan sepenuh perhatian dan penerangan penting untuk setiap step. Sumaiyah, rupanya memang ada asas menjahit dan sangat dedikasi dalam menyiapkan setiap tugasan, beliau juga tidak ralat untuk menetas jahitan beberapa kali sehingga berpuas hati dengan mutu jahitannya, satu ciri penting seorang tukang jahit yang harus ada agar kualiti jahitan dijaga Beliau ada pengalaman menjahit baju-baju kemeja lelaki dan sebagainya, tetapi kini beliau lebih meminati menjahit set tidur baby. Kalau ada yang berminat untuk menempah bolehlah melawat Facebook beliau.
Mutu jahitan Sumaiyah amat kemas untuk yang pertama kali belajar buat beg, saya yakin dengan latihan yang berterusan, beliau mampu menjahit beg yang cantik-cantik :)
Beliau dapat menyempurnakan beg pertama beliau dalam hanya 4 setengah jam sahaja! Sangat membanggakan :)
Terima kasih Sumaiyah kerana sudi belajar buat beg dengan saya, harapnya yuran yang dikenakan setimpal dengan ilmu baru yang diajar, ye, dan harap berpuas hati dengan pengajaran saya :)
Anda bila lagi? :) Marilah bersama saya!
Hi
Semalam (Ahad, 23hb Sept, 2012) telah berlangsung kelas menjahit Jue Organizer Bag di studio kecil di rumah saya. Seorang sahaja pesertanya, Sumaiyah Shahar dari Kangar, Perlis :)
Saya lebih suka antara seorang atau dua orang sahaja pelajar untuk satu-satu sesi kerana lebih mudah memberikan sepenuh perhatian dan penerangan penting untuk setiap step. Sumaiyah, rupanya memang ada asas menjahit dan sangat dedikasi dalam menyiapkan setiap tugasan, beliau juga tidak ralat untuk menetas jahitan beberapa kali sehingga berpuas hati dengan mutu jahitannya, satu ciri penting seorang tukang jahit yang harus ada agar kualiti jahitan dijaga Beliau ada pengalaman menjahit baju-baju kemeja lelaki dan sebagainya, tetapi kini beliau lebih meminati menjahit set tidur baby. Kalau ada yang berminat untuk menempah bolehlah melawat Facebook beliau.
Mutu jahitan Sumaiyah amat kemas untuk yang pertama kali belajar buat beg, saya yakin dengan latihan yang berterusan, beliau mampu menjahit beg yang cantik-cantik :)
Beliau dapat menyempurnakan beg pertama beliau dalam hanya 4 setengah jam sahaja! Sangat membanggakan :)
Cantikkan hasil tangan Sumaiyah :) |
Sumaiyah dan begnya! |
Anda bila lagi? :) Marilah bersama saya!
Comments
Ada buat lg ke kelas mnjahit bag?Email pd sy kalau de kelas lg noraini.bahrom@gmail.com
cantiklah beg sumayah jahit tu, adorable..hehe
buat masa sekarang ni, kelas di Kedah, tapi saya ada perancangan untuk berjalan seluruh Malaysia untuk membuat kelas menjahit beg :) Tunggu ya!